Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari
peperiksaan.
4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan
yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan
yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang
cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih
lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan
menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan
pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat
mengurangkan ketegangan.
17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari
peperiksaan.
18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya
tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan
datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran
pelajar.
20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab
sebelum dan selepas peperiksaan.
21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat
peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.
22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan
melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk
mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus
cinta' menjelang peperiksaan!
27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil
masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang
dinyatakan.
30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
12 Kemahiran Untuk Pelajar
Persoalannya, mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama. Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.
Pelajar dan Pemelajaran
Pengurusan Diri
Mengurus Masa
Perancangan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Belajar
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menyelidik
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Membuat Nota
Kemahiran Menyampaikan
Teknik Peperiksaan
Kemahiran Menilai
Kesimpulannnya, jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita.
0 comments:
Post a Comment